Selasa, 6 Mei 2014

Cara Jimatkan Elektrik Di Dapur

Ruang dapur  adalah salah satu pengguna tenaga yang besar di rumah. Ini kerana di dapur terdapat perkakas-perkakas elektrik yang menggunakan banyak tenaga seperti peti sejuk dan ketuhar.

jimat elektrik dapur

Walaupun begitu penjimatan tenaga elektrik masih boleh dilakukan jika kena caranya. Kita hendaklah bijak untuk menggunakan elektrik dengan cekap dan mengelakkan pembaziran.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk menjimatkan penggunaan elektrik di dapur.

Tip-tip Mengguna Tenaga Elektrik Dengan Cekap untuk Ruang Dapur

Perkakasan Elektrik

Tip-tip Kecekapan

Peti sejuk
  • Beli membeli peti sejuk, pilih saiz, kategori dan ciri-ciri yang sesuai dengan keperluan keluarga anda.
  • Pilih peti sejuk yang mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi, dan yang berlabel Energy Star.
  • Kurangkan kekerapan membuka pintu peti sejuk.
  • Jangan set suhu terlalu rendah. Ia membazir tenaga dan juga boleh menghasilkan frost.
  • Letak peti sejuk jauh dari punca haba dan pancaran cahaya matahari.
  • Bungkus makanan sebelum simpan dalam peti. Makanan terbuka mengeluarkan lembapan yang membuat kompresor peti sejuk bekerja lebih keras.
  • Jangan letakkan makanan/minuman panas/suam di dalam peti sejuk. Sejukkan dulu di luar sebelum memasukkannya ke dalam peti.
Periuk nasi elektrik
  • Pilih periuk nasi elektrik yang mempunyai label Energy Star.
  • Masak nasi tepat pada masanya untuk mengurangkan masa "keep warm".
  • Pastikan periuk nasi bersih.
Pemanas air (thermo pot)
  • Didihkan air sebanyak mana yang diperlukan sahaja.
  • Tutup suis (pada soket) jika ia tak digunakan buat masa yang lama.
Ketuhar mikrowave, cooker hood,
  • Bersihkan secara berkala.
Ketuhar
  • Hanya pre-heat ketuhar bila perlu sahaja.
  • Matikan ketuhar lebih kurang 5 minit lebih awal dari jangkamasa memasak yang sepatutnya. Biarkan pintu tertutup untuk mengekalkan haba di dalam ketuhar.
Pembakar roti
  • Bersihkan setiap kali selepas guna.
Blender / food processor
  • Potong kecil makanan sebelum memasukkan kedalam blender / processor.

Jika anda serius inginkan penjimatan elektrik yang berterusan, saya syorkan anda mendapatkan ebook Panduan Penjimatan Elektrik. Panduan ini menerangkan secara terperinci mengenai cara-cara menjimatkan elektrik di setiap bilik, merangkumi setiap peralatan elektrik. Ia juga menerangkan perkara-perkara asas yang anda perlu fahami seperti tarif elektrik dan cara-cara mengira bil elektrik,  sebelum anda memulakan langkah penjimatan elektrik.

Ranking: 5