Ahad, 4 Mei 2014

10 Tips Penjimatan Elektrik Penyaman Udara

Penyaman udara atau penghawa dingin adalah alat yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik di rumah. Menurut statistik SuruhanJaya Tenaga ia menyumbang kepada  50%-60% penggunaan tenaga elektrik bulanan. Oleh itu adalah wajar kita menumpukan perhatian terhadap penghawa dingin sekiranya kita ingin mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di rumah.

jimat elektrik penyaman udara

Berikut adalah beberapa tips penggunaan penyaman udara secara bijak untuk menjimatkan elektrik:

  1. Pastikan tirai, langsir atau bidai ditutup pada siang hari. Ini bertujuan untuk menghalang haba dari cahaya matahari masuk ke dalam bilik melalui tingkap, seterusnya memanaskan bilik.
  2. Seboleh mungkin gunakan kipas untuk menggantikan penghawa dingin. Kipas menggunakan kurang elektrik berbanding penghawa dingin.
  3. Hanya gunakan penyaman udara apabila cuaca di luar benar-benar panas.
  4. Matikan penyaman udara anda jika anda akan pergi dari rumah untuk jangka masa yang panjang.
  5. Elakkan dari melaraskan suhu penghawa dingin pada suhu paling rendah (16 darjah Celsius). Seeloknya laraskan suhu di antara 23 ke 25 darjah Celsius. Setiap satu darjah penurunan darjah celsius boleh meningkatkan kos penggunaan elektrik alat penghawa dingin sehingga 10 peratus.
  6. Setkan timer atau gunakan sleep mode sebelum anda tidur di waktu malam. Biasanya kita hanya perlukan suasana yang sejuk dalam sejam atau dua jam di awal masa tidur. Pada jam 1-2 pagi udara sudah mulai sejuk, jadi pada masa itu memadai dengan pasang kipas sahaja.
  7. Bersihkan atau gantikan penapis penyaman udara anda setiap bulan. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penyaman udara.
  8. Selalu selenggara/servis penghawa dingin sekurang-kurangnya setahun sekali supaya ia beroperasi pada tahap optima. Untuk melalukan servis mencuci fin penyaman udara sendiri, anda boleh menggunakan pencuci semburan kimia khas yang ada dijual di pasaraya.
  9. Gantikan alat penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana alat tersebut tidak lagi cekap -dengan kata lain ia menggunakan banyak elektrik, tapi tidak menyejukkan.
  10. Bila membeli penghawa dingin baharu, pilih penghawa dingin yang mempunyai logo Enery Star dan yang mempunyai Energy Efficiency Ratio (EER) yang tinggi.logo energy star jimat elektrik

Semoga tips di atas dapat membantu anda menjimatkan penggunaan tenaga elektrik penyaman udara di rumah anda tanpa mengorbankan keselesaan keluarga. Kurang penggunaan tenaga elektrik bermakna lebih kecil jumlah bil elektrik bulanan anda. jimat belanja. Selamat mencuba.

Ranking: 5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen dengan berhemah. Kami hargai pandangan/pendapat anda.