Ahad, 4 Mei 2014

Cara Guna Tenaga Elektrik Dengan Cekap

Ruang tamu dan bilik tidur merupakan pengguna tenaga yang besar di rumah. Ini adalah kerana kita menghabiskan banyak masa melakukan aktiviti-aktiviti harian di dalam bilik-bilik tersebut, dan ia kebanyakannya menggunakan perkakas elektrik.

jimat elektrik ruang tamu

Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh kita dilakukan untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, seterusnya menjimatkan tenaga elektrik di dalam ruang tamu serta bilik tidur. Langkah-langkah ini boleh dijadikan tabiat anda, yang akan menjimatkan kos dan pada masa yang sama memberi faedah kepada alam sekitar.

Tip-tip Mengguna Tenaga Elektrik Dengan Cekap untuk Ruang Tamu / Bilik Tidur / Bilik Bacaan

Perkakasan Elektrik

Tip-tip Kecekapan

Lampu
  • Padamkan lampu apabila tiada siapa menggunakannya.
  • Elakkan pencahayaan berlebihan.
  • Pilih lampu pendarfluor padat (CFL ) atau mentol LED dan bukannya mentol pijar konvensional.
  • Pastikan lampu dan mentol bersih untuk memaksimumkan kecekapan mereka.
  • Gunakan langsir berwarna cerah pada tingkap untuk membolehkan cahaya matahari masuk ke bilik di siang hari.
Televisyen / ASTRO / Pemain DVD
  • Jangan tinggalkan perkakasan ini dalam mod standby kerana mod standby masih menggunakan kuasa elektrik.
  • Matikan tv jika tiada siapa yang menonton.
Kipas
  • Sentiasa bersihkan kipas.
  • Matikan kipas apabila ia tidak diperlukan.
Penyaman Udara
  • Pilih model yang paling cekap menggunakan tenaga dan berlabel Energy Star.
  • Pilih saiz penyaman udara berdasarkan keluasan bilik.
  • Bersihkan penapis udara secara berkala.
  • Menutup tingkap, pintu dan bukaan lain apabila penghawa dingin digunakan.
  • Elakkan menghalang salur masuk dan salur keluar udara.
  • Matikan lampu yang tidak diperlukan dan alat-alat yang menghasilkan haba untuk mengurangkan bebanan penghawa dingin.
  • Jangan tetapkan termostat penghawa dingin anda pada tahap yang paling sejuk. Memadai dengan menetapkan ia ke suhu yang anda berasa selesa.
  • Gunakan timer untuk mematikan penyaman udara secara automatik.
  • Sebolehnya gunakan kipas pengudaraan untuk menggantikan penghawa dingin.
Seterika
  • Gosok semua pakaian dalam satu sesi untuk mengelakkan pemanasan semula seterika.
  • Gunakan seterika pada tetapan suhu yang betul. Mulakan dengan menggosok pakaian yang memerlukan suhu yang tinggi, kemudian pakaian yang memerlukan suhu sederhana, kemudian matikan seterika dan gunakan baki haba untuk pakaian seperti sutera yang memerlukan suhu rendah.
Komputer Peribadi
  • Matikan komputer dan monitor bila tidak digunakan.
  • Gunakan komputer riba kerana komputer desktop menggunakan lebih banyak tenaga elektrik.
Vacuum Cleaner
  • Utamakan menyapu atau mop. Gunakan pembersih vakum hanya apabila penyapu atau mop tidak berupaya melakukan kerja dengan lebih baik.
  • Kosongkan beg habuk dengan kerap.
  • Bersihkan atau gantikan penapis habuk secara berkala.

Pengecas Telefon / Gajet

  • Jangan biarkan ia terpasang jika tidak mengecas.
Ranking: 5

4 ulasan:

  1. bagus panduan ini..boleh diterima pakai!

    Jumpa lagi dan salam ukkhuwah dari admin blog Hero Borneo

    BalasPadam
  2. Terimakasih dan salam ukhwah

    BalasPadam
  3. Bil Elektrik TNB rumah / kedai / office anda melambung tinggi??
    Sy ada buat SERVIS JIMAT ELEKTRIK. Boleh jimat tenaga elektrik 30-50% tiap bulan.
    Sesiapa yg perlu khidmat saya ni, sila WhatsApp / SMS Khai +60133332502 . Memang berkesan, berbaloi & menjimatkan.
    Layari http://selangorshop.com

    Meter utk rumah (single phase) : RM450
    Meter utk rumah, restoran, kedai & & pejabat (three phase) : RM1150

    BalasPadam
  4. Bil Elektrik TNB rumah / kedai / office anda melambung tinggi??
    Sy ada buat SERVIS JIMAT ELEKTRIK. Boleh jimat tenaga elektrik 30-50% tiap bulan.
    Sesiapa yg perlu khidmat saya ni, sila WhatsApp / SMS Khai +60133332502 . Memang berkesan, berbaloi & menjimatkan.
    Layari http://selangorshop.com

    Meter utk rumah (single phase) : RM450
    Meter utk rumah, restoran, kedai & & pejabat (three phase) : RM1150

    BalasPadam

Sila komen dengan berhemah. Kami hargai pandangan/pendapat anda.