Selasa, 21 April 2015

Panduan Penjimatan Elektrik Lampu

Berikut adalah beberapa cara yang boleh diamalkan untuk menjimatkan elektrik pencahayaan / lampu di rumah. Kaedah-kaedah ini terbahagi kepada tiga -yang tidak melibatkan kos, yang melibatkan kos yang kecil, dan yang memerlukan pelaburan.


Penjimatan Yang Tidak Melibatkan Kos

  • Matikan lampu jika anda keluar bilik melebihi 5 minit. Swith ON/OFF lampu menurangkan jangkahayat mentol, tetapi ia juga dapat menjimatkan bil elektrik anda.

  • Gunakan cahaya matahari semaksima mungkin. Untuk mencerahkan bilik diwaktu pagi, buka langsir jangan hidupkan lampu.


Penjimatan Yang Melibatkan Kos Kecil

  • Tukar mentol pijar dengan Light Emitting Diode (LED). Ia adalah lampu yang paling efisien -menjimatkan 80% sehingga 90% tenaga elektrik. Kalaupun mentol LED dipasang hanya 2 jam sehari, ia akan balik modal dalam masa tidak sampai setahun.

  • Tukar mentol pijar kepada Compact fluorescent lamps (CFLs) jika anda rasa mentol LED terlalu mahal untuk seluruh rumah. Tukar lampu yang paling tinggi penggunaannya dengan LED dan yang selebihnya dengan CFL. With the savings on your electricity bills you can buy more LEDs next year.

  • Pilih cat berwarna yang terang untuk permukaan dalaman rumah. Warna yang gelap pada dinding bilik memerlukan mentol yang lebih power untuk mencerahkannya. Warna terang menjimatkan tenaga eletrik untuk pencahayaan dan juga mengurangkan pemanasan (disebabkan mentol yang tinggi wattnya).

  • Guna lampu solar di laman rumah. Ia menggunakan tenaga matahari sepenuhnya untuk mengecas bateri di siang hari dan lampunya akan menyalapada waktu malam secara otomatik.

  • Pasang lampu hanya pada tempat yang memerlukan. Lampu meja, lampu bawah kabinet di dapur dan lampu bacaan membolehkan anda menutup lampu bilik yang tidak diperlukan. Banyak downlight dipasang pada kawasan-kawasan yang tidak perlu. Untuk berjimat anda boleh cabut mentol di kawasan-kawasan yang tak diperlukan tadi.


Penjimatan Yang Melibatkan Pelaburan

  • Gunakan lampu yang dilengkapi motion-sensor di luar rumah. Lampu luar rumah yang terpasang sepanjang malam sudah pasti meningkatkan bil elektrik anda. Tambahan pula banyak kajian menunjukkan rumah yang terlindung dan cerah "mengundang" jenayah. Lampu yang dilengkapi motion detector infrared (yang terpasang bila pergerakan dikesan)akan mengejutkan pancuri, dan menjimatkan elektrik.

  • Pasang tiub cahaya atau skylight untuk membawa cahaya matahari ke dalam bilik yang tiada tingkap.

Ranking: 5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen dengan berhemah. Kami hargai pandangan/pendapat anda.